Pandangan agama Kristian Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ

Kebanyakan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian mempercayai Jesus adalah jelmaan Tuhan, yaitu Tuhan mengambil sifat dan bentuk manusia, dan merupakan personaliti kedua dalam Triniti Suci yang datang ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada dosa dan kematian melalui pengorbanan tumpah darah sendiri, dan yang kemudian kembali dari kematiannya untuk bersama-sama dengan Bapanya di Syurga. Bagaimanapun, sebilangan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian, secara umumnya dianggap sebagai di luar aliran utama pemikiran Kristian, termasuk Saksi-saksi Jehovah, penganut-penganut Unitarianisme dan Ahli-ahli Sains Kristian, mempercayai Jesus diilhami oleh Tuhan, tetapi bukan jelmaan Tuhan pada dirinya.

Sebahagian besar mazhab-mazhab agama Kristian (secara umumnya termasuk Katolikisme,agama Kristian Ortodoks, dan kebanyakan bentuk Protestantisme kecuali Restorationisme) memperoleh fahaman mereka daripada persetujuan yang dicapai dalam Majlis Pertama Nicaea pada tahun 325 (dikenali sebagai Fahaman Nicene) dalam bentuk Fahaman Constantinople (381), walaupun tema-tema utama Fahaman Nicene telah dikomunikasi dan diterima secara meluas oleh penganut-penganut gereja Kristian yang awal. Selain daripada kepercayaan kepada "satu Tuhan, Bapa, Maha Agung, pencipta syurga dan bumi..." dan dalam "Roh Kudus, Tuhan dan pemberi hidup, Yang berpunca daripada Bapa Templat:Allah...", fahaman ini mengaku kepercayaan kepada:

"satu Jesus Christ, Anak kandung Tuhan yang tunggal, dilahirkan oleh Bapa sebelum semua zaman, cahaya daripada cahaya, Tuhan benar daripada Tuhan benar, dilahirkan dan bukan dicipta, daripada satu bahan yang sama dengan Bapa, melaluiNya yang semua benda wujud, Yang kerana kita manusia dan untuk menyelamatkan kita, turun dari syurga, dan yang merupakan jelmaan daripada Roh Kudus dan Dara Mary dan menjadi manusia, dan disalib untuk kita di bawah Pontius Pilate, dan menderita dan dikebumikan, dan bangkit pada hari ketiga menurut Kitab Bible dan naik ke syurga, dan duduk pada sisi kanan Bapa allah, dan akan kembali dengan kemuliaan untuk mengadili orang hidup dan mati, dengan Kerajaan yang tiada tamatnya." (daripada J. Stevenson, Fahaman, Majlis, dan Perbalahan (London 1989); perhatikanlah bahawa petikan tersebut mengikut penggunaan huruf condong oleh Stevenson bagi frasa-frasa yang tidak terdapat dalam Fahaman Nicaea).

Protestan-protestan pada umumnya mempercayai kepercayaan kepada Jesus, bukannya perbuatan-perbuatan baik, adalah cara tunggal untuk menerima penyelamatan serta untuk memasuki syurga, dan penyelamatan merupakan hadiah yang diberikan melalui limpah kurnia Tuhan. Walaupun kebanyakan ahli pelbagai mazhab Kristian mempercayai kepercayaan kepada Jesus diperlukan (berdasarkan John 3:16), perbuatan-perbuatan baik juga diperlukan oleh kebanyakan mazhab. Bagaimanapun, telah dijelaskan bahawa perbuatan baik sahaja tidaklah cukup untuk seseorang memasuki syurga.

Pendirian Lutheran ialah pendirian yang dinyatakan dalam John 13:15, di mana Jesus mengatakan bahawa hidupnya diberikan sebagai contoh atau model peranan untuk pengikutnya. Sebaliknya, penganut-penganut Katolik Rom mempercayai orang-orang bukan Kristian juga boleh menerima lipah kurnia yang diperlukan untuk penyelamatan jika mereka mengamalkan hidup yang adil. [1] [2]

Sebagaimana yang dibayangkan oleh banyak mazhab Kristian yang berlainan, agama Kristian telah mengalami banyak perpecahan dalam kepercayaan mereka terhadap Jesus. Bagaimanapun, terdapat banyak kepercyaan yang sama antara kebanyakan penganut tentang ketuhanan Jesus. Kebanyakan orang Kristian mempercayai Jesus ialah Tuhan, Anak kandung Tuhan, dan ahli kedua Triniti Ketuhanan. Beliau dikatakan telah dijadikan jelmaan oleh Roh Kudus dan Dara Mary; ia itu, beliau mengambil bentuk manusia dan menjadi manusia serta Tuhan.

Terdapat banyak pandangan yang berbeza dalam kumpulan-kumpulan Kristian tentang adakah Jesus pernah menuntut ketuhanan untuk dirinya. Kebanyakaan orang biasa Kristian, ahli teologi, dan paderi menganggap bahawa kitab Bible menunjukkan Jesus kedua-dua sebagai Tuhan serta menuntut ketuhanan. Bagaimanapun, orang-orang yang lain mempercayai Jesus tidak pernah menuntut ketuhanan, dan menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak setanding dengan Tuhan.

Penggambaran Simon Ushakov pada tahun 1658 untuk Penyelamat Bukan Dibuat Melalui Tangan, ikonografi Jesus yang paling popular dalam Faham Ortodoks Timur.

Pertikaan ini juga kekadang dibayangkan oleh penolakan doktrin triniti Kristian yang umum. Unitarianisme ialah kepercayaan Kristian tentang hanya satu Tuhan, dan bukannya dalam aspek-aspek Tuhan yang berbeza yang diwakili oleh triniti — Universalisme Unitarian, sedangkan tidak lagi betul-betul unitarian, atau juga semestinya Kristian, berasal sebahagiannya daripada kepercayaan ini. Lagi kurang umum ialah Binitarianisme, iaitu kepercayaan hanya kepada ketuhanan kedua-dua Bapa dan Anak, dan bukannya kepada Roh Kudus.

Sesetengah kumpulan, umpamanya Christadelphian, Saksi-saksi Jehovah dan Ahli-ahli Sains Kristian, menafsirkan kitab Bible sebagai mengajar bahawa Jesus ialah Anak Tuhan, tetapi tidak semestinya Tuhan pada dirinya. Orang-orang Kristian ini mempercayai Jesus diilhamkan oleh Tuhan, tetapi bukannya jelmaan Tuhan. Yang lain seperti Mormon (ahli-ahli Gereja Jesus Christ Santo-santo Hari Kemudian), mempercayai Triniti, tetapi mempertahankan bahawa Tuhan si Bapa melahirkan Jesus sebaga Tuhan si Anak, dan bahawa Jesus mencipta Bumi di bawah arahan Tuhan si Bapa. Orang-orang Mormon juga mempunyai teks-teks suci tambahan yang agak baru — Buku Mormon, Doktrin dan Perjanjian dan Mutiara Berharga Agung — yang menandakan bahawa Jesus ialah Christ, Anak Tuhan (lihat rencana Jesus dalam Gereja Jesus Christ Santo-santo Hari Kemudian). Swedenborgian (ahli-ahli Gereja Baru) mempercayai Jesus ialah jelmaan Tuhan, tetapi bukan seorang orang yang berasingan daripada Bapa; Bapa ialah Anak seperti roh di dalam tubuh.

Sebagaimana dengan orang Islam, penganut-penganut Dosetisme, suatu mazhab Kristian yang awal, mempercayai bahawa Jesus tidak mati di salib dan pengaliban adalah ilusi yang dibuat oleh Tuhan. Marcionisme, lagi satu mazhab awal, mempercayai Paul dan Jesus menolak Hukum Moses dan menganggap Jesus Christ sebagai Tuhan Agung yang lebih besar daripada tuhan pencipta dalam Wasiat Lama. Mazhab Ebionit mempercayai Jesus ialah nabi agung yang memerintah pemberhentian pengorbanan-pengorbanan haiwan dan makan daging; selain itu, penganut-penganut itu mematuhi ajaran agama Yahudi dan tidak mempercayai bahawa Jesus adalah Tuhan. Mereka mengikut Jacob ("James" dalam Wasiat Baru Inggeris), saudara kandung Jesus, dan menegaskan bahawa ajaran Paul tidak berwibawa dan langsung berbeza dengan apa yang diajar oleh Jesus. Mazhab Arianisme mempercayai Bapa sebagai Tuhan benar yang tunggal, berdasarkan John 17:3. Sebaliknya, sebilangan penganut separa Arianisme mempercayai Bapa dan Anak adalah dua makhluk, kedua-dua dipanggil Tuhan. Mereka tidak menganggap Roh Kudus sebagai Tuhan kerana pada pandangan mereka, Roh Kudus bukannya makhluk yang berasingan, tetapi merupakan daya tak peribadi yang datangnya daripada Tuhan — kumpulan-kumpulan moden yang memegangpandangan separa Arianisme ini kekadang merujuk kepada diri sebagai penganut Binitarianisme.

Agama Yahudi Messiah juga berkongsi banyak kepercayaan Kristian, termasuk kepercayaan kepada triniti dan kepada Jesus sebagai Messiah.

Rujukan

WikiPedia: Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.aish.com/jewishissues/jewishsociety/Why... http://www.askmoses.com/qa_detail.html?h=120&o=350 http://www.biblegateway.com/passage/?search=Luke%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Luke%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe...